KUALA LUMPUR - Seorang pakar hidupan liar melahirkan keraguan terhadap kesahihan saiz sebenar cicak gergasi seperti yang ditemui oleh seorang belia di Kalabakan, Sabah kerana spesies cicak tersebut tidak mungkin akan mencapai berat sehingga 64 kilogram.

Menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma, adalah mustahil untuk seekor cicak hutan atau nama saintifiknya Gecko boleh membesar sehingga mencapai berat tersebut.

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," katanya ketika dihubungi untuk mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai penemuan cicak gergasi di Sabah.

Malah beliau membuat andaian terdapat kemungkinan gambar tersebut tidak asli dan telah diubahsuai supaya menjadi lebih besar.

"Jika benar ia mungkin adalah spesies yang aneh tetapi pada saya ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul di sini," ujar beliau.


2 MAY 2010

Tokek menjadi punca pembunuhan di Kg. Bumiputera(Jalan Silam) Lahad Datu, Sabah. Hasil daripada siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas pembunuh tersebut. Mangsa pembunuhan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediaman mereka. Dipercayai mangsa telah di pukul dengan objek tumpul di kepala dan mati ditempat kejadian. Mangsa adalah sala seorang daripada menjalankan urasan penjualan tokek bersama dua lagi individu lain dan dipercayai mangsa berusia 37 tahun itu dibunuh untuk mengurangkan kerugian sewaktu pembahagian hasil jualan tokek.
Macam macam boleh terjadi dengan bisnes tokek ini. Oleh itu saya meminta agar sesiapa yang mempunyai tokek ataupun melakukan urusan jual beli tokek ini melakukannya dengan berhati-hati. Yang paling penting jangan melakukan urusniaga ditempat yang boleh mendatangkan bahaya. Lakukan urusan itu di kawasan yang selamat.

Harga tokek pada May 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00

Lihat laporan 999 di dalam melalui link: http://www.youtube.com/watch?v=AdM12vOyQTc

Around the world